Tuesday, December 22, 2009

Menyesal

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

reff:
bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

repeat reff [2x]
repeat *



Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru

Slamat menyambut tahun baru semua. Di sini saya sertakan doa akhir tahun dan awal tahun bagi bacaan semua...

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

diperolehi daripada: http://www.eizil.com ~tq








Saturday, November 7, 2009

Hari Sabtu...

erm hari nie adalah hari rehat sedunia buatku, sejak beberapa hari aku dapat tidur dengan secukupnya, ini menandakan, sem ini bakal berakhir, yer, ini sem final aku kat UPSI. Tahun depan, selama satu sem aku ada latihan mengajar and then aku grad. Tapi....pas aku grad, aku tak dapat posting mcm bach2 sebelum nie sebab bermula tahun depan, posting guru dibekukan, hurm dah ramai sgt guru kat Malaysia nie. So apa aku nak buat? Aku rancang nak cari keje dl kot. tak kan nak tanam anggur kot kat umah, if anggur tu menjadi tak per gak, dapat lah nak jual ker or paling tidak buat family aku makan...hoho, apakah merapu sorang2 nie...Dah lama rasanya aku tak bercerite dekat blog aku nie, ape tidak aku bz sgt dengan projek final dan juga assgmnt yang seangkatan dengannya, mmg teruk bz. Aku fikir tak dapat nak bertahan, Alhamdulillah, sampai juga aku kepenghujung jalan sem nie....skunk nie aku ngan tggu nak duduk exam jer lagi. Aku ada paper pada 13 dan 17 nie, dua paper, nasib baik :) dan aku tgh menunggu report aku dr suppervisor aku pasal final projek, pas dapat n edit sikit, then nak hantar g jilid kat fakulti. Tak banyak lagi dah keje aku, aku lega sgt. Terima kasih Ya Allah, bagi aku kesempatan dan kekuatan untuk selesaikan tanggungjawab aku walaupun mungkin bukan yang terbaik dapat aku buat. Alhamdulillah. K lah, aku rasa setakat tu jer dl kot aku nak sembang pasal hari nie, if ada lagi kite sambung jer...tq blog, sudi jadi peneman n dengar segala keluhan...:)...daa semua, semoga semua diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak...Assalammualaikum.

Khasiat Seleri



Seleri sejenis sayur berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitaminA, B-komplek dan C dan magnesium. Ia dikenali sebagai Apium graveolens yang berasal daripada keluarga dulce umbelliferae. Seleri merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat tekanan darah tinggi. Ia boleh dimasak sup atau sayur untuk dihidangkan sebagai hidangan sampingan.

Seleri juga bertindak melancarkan pengaliran dan pusingan haid serta mengatasi masalah penyakit keputihan. Ia juga dapat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, dan ekzema atau geligata. Kandungan garam galian dalam seleri bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinnya. Proses itu bertindak membersihkan kulit dan amat berkesan untuk mengatasi masalah alahan, termasuk alahan terhadap kucing.

Sunday, October 11, 2009

~Semua dijemput hadir~


Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi hari "exibition" pelajar-pelajar Pendidikan Multimedia Semester 7. Jumpa di sana ya~

Durian oh Durian

Tahun ini, aku beraya di Sabah, seronoknya dapat beraya di kampung sendiri, walaupun agak lengang tapi aku rasa seronok sebab aku dapat beraya bersama keluar. Tahun lepas aku beraya di Johor, ikut housemate aku, alah mesti korang kenal punya kan? kan?, nunnui namanya...hoho. Kalau aku tak balik Sabah selalunya aku mmg lepak ngan noy...seronok gak dapat beraya kat kampung orang cuma sedih gak lah sedikit sebab bukan dengan family tapi, aku dah biasa, tapi tipu lah kan kalau tak sedih sedikit pun, yelah sebab tak dapat nak cium tgn parents aku n mohon ampun ngan diorang. Apa yang best lagi raya nie nak tau apa ??? kebetulan raya tahun nie adalah musim durian, hoho buah feberet gue. Kat rumah nenek aku tu semua tau aku nie mmg gila ngan durian, tapi masa tu durian baru nak start musim so tak banyak lagi lah. Hari tu mami aku kol, die kate durian kat kampung dah banyak, alangkah bahagianya aku kalau dapat menikmati buah durian tersebut :). Kat perak skunk pun dah musim durian bezanye kena beli lah, kalau kat kg aku nak tibai berapa biji pun tak kena cas..hoho. Kan best kalau leh dapat makan free, dah lah skunk banyak nak guna duit sebab dah final sem...hurm...tapi masa kat Sabah arie tu, durian yang tgh banyak gugur durian isi kaler oren, aku tak suke sgt, aku suka duiran biasa jer, kena lagi kalau dapat rasa yg ala2 ais krim tu, pergh mmg best...hoho. Sape2 yang kiranye nak sedekah aku durian boleh jer, semua tu aku hargai..ade sape2 ker??? Apa2 pun, aku dahulukan ucapan tq if ada yang berniat nak sedekah...kamOOO memang baik..:P




nyum...nyum

Saturday, October 10, 2009

Wednesday, August 26, 2009

hurm...

haih...astagfirullah, ade ker mengeluh...tapi, banyak sgt dugaan sem nie. wuawua, nak nanggis pun tak de air mata dah yang nak dititiskan, aku rasa dah lama tak nanggis...kuatnya aku sem nie menghadapi semua yang berlaku. Sem nie dah lah kena curi laptop, pastu laptop baru pula buat hal...nak jer jerit kat orang tukang jual tu...tapi tak de daya, tak pe, aku selalu pujuk hati aku, ini dugaan yang aku kena hadapi, sesungguhnya Allah tahu tiap2 kemampuan setiap hamba-Nya. Huh, hujung minggu nie aku nak g hantar laptop aku, tapi satu perkara lagi yg aku runsingkan, andai kata aku hantar laptop aku, apa pula yang aku nak guna utk buat assgmnt...parahnye...anyone??? Dah lah paling kurang pun mmg sebulan lah kena tahan laptop aku tu...hoho. Banyak sgt kerja yang nak kena buat nie. Malasnya aku nak bagi tau family aku pasal nie, jap lagi diorang risau. Aku ade tanya ngan kawan2 aku pasal nie, dia kate laptop aku tu ade jatuh ker...haih, jatuh? nak bagi die terhentak pun aku tak pernah, ini kan lagi nak bagi jatuh....mcm mana tu....erm hopefully, di sebalik semua kesulitan yg aku hadapi masa skrang nie, aku harap di akhir nya aku nampak sinar-sinar pemudah di sebalik kesulitan ini...amin

Saturday, August 22, 2009

Kelmarin...

Salam...

kelmarin aku dah g jumpe doktor...huhuh. Nasib baik tak de pape, sakit biasa jer, cume die kate tekak aku luke sikit, pasal tonsil. Memang perit seh. Last night aku makan ubat after having my dinner...aduyai, nak muntah balik ubat yang aku telan, ini berpunca dari gastrik ku, mayb dah lewat kot aku makan malam. Tapi aku teringat kate nurse dulu, die kate kalau masa tu gastrik dah serang, jgn amik susu, tapi minum air panas, aku pun buat lah....Alhamdulillah, beransur pulih, thankz to her. Pada waktu ini, aku rasa dah beransur baik dah...Alhamdulillah. Aku harap kesihatan aku akan pulih dan dapatlah mengerjakan ibadah puasa....oh yer, selamat berpuasa yer muslimin dan muslimat, hari nie, merupakan hari pertama kita berpuasa...ok lah, kite bertemu lagi di lain masa...daa.

wasalam

Friday, August 21, 2009

Hari yang tak menyihatkan..

Semalam aku dah rasa tak sihat sgt...suhu badanku mula meningkat...batuk2 lagi, sakit dada aku aku nak batuk...hari nie pula, demam dah ok tapi batuk agak teruk sedikit...sakit woo batuk...demam pula mcm dah kebah padahal aku tak amik ape2 ubat pun...cuma tumpang makan ubat batuk kawan...hari demi hari, keadaan makin meruncing, semalam ketua course kitaorang pm kat ym, ade seorang kawan kitaorang disahkan 95% dijangkiti h1n1...huhuhu, seram seh...plus mmg menakutkan...kawan2 kelas aku pun ramai dah yang tak sihat...aku pas dah siap orang solat jumaat nak g doktor gak nie...nak cek. Lagipun, batuk nie sakit, tak tahan aku. ok lah, apa2 pun hope korang doakan aku cepat sembuh yer. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan...diharapkan, dengan kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini, penyakit h1n1 akan hilang. Esk dah start pose, so jgn lupe niat puasa n mengerjakan ibadah terawih...sekian dl dr aku...hoho...Assalammualaikum

Tuesday, August 18, 2009

Internship performance

Di sini aku ingin berkongsi kepada semua rakyat jelata, hasil persembahan aku yang tidak seberapa...hoho. Persembahan ini adalah task terakhir sebelum aku mengakhiri internship aku kat deballz.com. Di harapkan ia dapat menghiburkan anda di kala tidak tenang dan tidak keruan pada waktu ini...semoga terhibur.......:)


Monday, August 17, 2009

2 day to go...

huhu...ada dua hari lagi aku nak ganti puasa. Bukan lah niat diri ini melambat2kan mengganti puasa tapi atas kesihatan diri yang tidak mengizinkan, aku sukar utk berbuat lebih awal...hoho...apakah ayat skema ini. Apa2 pun, mesti sempat nak ganti punye, hari khamis nie kite dah tgk anak bulan, so dikesempatan ini aku ingin mengucapkan "SELAMAT BERPUASA" kepada semua rakyat Malaysia yang beragama islam...hoho..banyakkan beribadah di bulan yang mulia ini..ok lah, aku undur diri dulu yer...kita jumpa lagi di lain masa...

Wednesday, August 12, 2009

Apakah assgmnt ini???

Hoho, aku baru jer siapkan report untuk studio II, huhuh, jari2 aku naik sakit. semua dah kebas2, letih kot, nie aku nak buat storyboard lagi nie...aduyai, letih sgt....bukan saja letih tapi mengantok. Apakah...banyak betul assgmnt, tak larat nak buat, ade sape2 nak tlg buat ker..this is an offer ok...anyone yang berminat jadi my PA...sila kontek aku...daaa...continue with my storyboard

Friday, July 24, 2009

"Menyakitkan Hati"

nak tau, kan aku ada cerita kat korang kan yang laptop aku n my geng kena curi...semalam tgh2 kitaorang dok sibuk layan mesyuarat agung kat YM...tetibe nick aku kat skype online...aku tak lah fikir apa2 pun tapi aku tegur juga, aku kate kat geng2 aku, aik sape online kan aku nie...tapi laptop baruku mmg ada kat sebelah, mmg on mule2 aku fikir line tak ok kot tu yang die sign out n sign in auto....tapi nak tau...tiba2 nick aku tu bleh pula pm kat group skype kitaorang, die kate 'Hi leeya'...wooo wooo nak jatuh jantung kami bertiga....sape lah yg menaip kat bilik aku...hoho...seram wei...ct balas balik tapi masa tu nick aku tu dah sign out. kitaorang masih berfikir sape yg menaip kat sebelah I mean bilik aku...huhuuh. Tapi tetibe ct kate pencuri kot, sebab die kate arie tu pun, pencuri tu online guna ym die...pastu hantar link...kesian die....hoho...aku apa lagi, aku tukar semua password aku, kang tak pasal2 die access semua yg berkaitan....apa2 pun tersuspen jer semalam...hahahah

Wednesday, July 22, 2009

Teruskan

I got this song from my fren ct...huhu thankz babe...lagu nie best...plus ko tau2 ja aku minat agnes kan...tak tau die dah keluarkan single baru nie...ye lah, dah lama die menyepi...apa2 pun enjoy this song...



Aku sertakan lirik lagu ini untuk tatapan semua :

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali..
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Reff :
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta buta
Kebutuhan mu

Back to reff.

Hoo.. Hooo

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Teruskan lah… teruskan lah..

Sunday, July 19, 2009

-Selalu Mengalah-

Currently, Ive been listening to this song which is singing by seventeen. hoho, betul2 mendalam seh ayat dia, buat sedih bila mendengarnya, di sini saya ingin berkongsi lagu ini kepada mereka2 di luar sana...smoga terhibur ya...

continue - siri malang

aduyai, malas seh nak sambung cerita nie...hoho.

mau juga tau kah, rasanya, ramai kawan-kawan aku dah tau kan...laptop kami bertiga dah dicuri orang...:) sedih gak masa tu, ye lah aku sayang sgt kat laptop aku tu tapi sudah sampai masa laptop tu bukan dengan aku lagi....apa2 pun, di sini aku ingin berseru kepada rakyat jelata sekalian, jgn lah anda sekali-kali meninggalkan laptop anda walaupun sekejap, sebab pencuri tak kan melepaskan peluang walau sesaat pun.

p/s : perkara ini menjadikan aku lebih berhati, even kadang2 di rumah juga, aku rasa takut untuk meninggalkannya...hoho. Fobia dah...

Tuesday, July 14, 2009

hari malang!!

Di sini aku nak cerita sket, kisah benar...kisah nie pasal aku n my geng...di suatu petang yang damai, kami bertiga bertolak ke KL dari Tanjong Malim...sepanjang perjalanan kitaorang just borak kosong dlm kete...masa tu kitaorang tak nampak lagi apa2 kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup kami pada hari itu...dalam pada itu, kami bercadang berhenti kat R&R kat Sg. Buloh untuk buka puasa....

Di sini lah bermula satu episode malang tidak berbau....

nak tau apa tak yang berlaku pada kami, nnt kan esk untuk sambungan seterusnya...buat suspen sikit.....


Monday, May 25, 2009

oh tidak!!!!

hurm...dah lama tak coret2 my blog, apa taknya bz sket with my latihan industri. Actually aku tak sempat nak cerita kat blog aku nie, pada 17 hb mei yang lepas, aku g lah capsquare kat area masjid jamek. Aku g sana ngan member aku sebab aku ada kerje sket kat sana...actually ada event kat sana...erm tau tak pasal 3R, rancangan tv3. Diorang ada buat aktiviti kat sana, so banyak lah band2 yang perform hari tu dan antaranya artis feberet gue, iaitu YUNA!!!!!Tapi aku sakit hati nie sebab aku tak bawa kamera so tak dapat lah aku nak rekod die perform masa tu dan bergambar ngan die...tapi yang tak leh tahan tu lagi, sebenarnya aku terlepas untuk tgk die perform hari tu, huahuahuahua....but aku sempat gak tgk die dr jarak yang tersgtlah dekat...die perasan aku tgk die..., tapi aku tak peduli semua tu yang penting aku dapat tgk die. Nak gak g salam n tegur die tapi segan lah, sebab geng2 die ramai kat sana. So aku buat selamber de je lah...tapi mata maintain tgk die, hahaha. Apa2 pun mayb hari tu bukan rezeki aku kot, tapi tak pe lah, yang penting aku dah tgk die dr dekat. Hope future, dapatlah rekod die perform n bergambar ngan die...boooo, muah2...I Love all her songs, you go girl.

Friday, May 8, 2009

Pakai Buang

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Hello...kenapa kau tak jawab telefon
dah berlepuh jari menekan nombor sama
lepas berkali kali ku cuba

Ku sangka kau betul...betul jatuh cinta
bodoh sungguh untuk terus percaya
habis madu sepah dibuang sahaja

Ref:

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
biar lah lebih dari sehari
apakah kau sangka ku cinta segera
sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
tidak mungkin hanya sementara
apakah kau sangka ku cinta segera
bayangkan la apa ku rasa

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Baru saja kenal
kau muncul semula
mengatakan kau sudah berubah
pujuk rayu sampaikan runtuh ke lutut
hampir hampir ku mengalah
untuk memberi kita peluang kedua
tapi kini ku lebih arif
untuk percaya janji lelaki..yeaahyeaahh

Ref:

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah.. (4x)

Jangan..jangan...jangan permainkan


By Stacy Angie

Sunday, May 3, 2009

"Bila Mama Pakai Celana"

Jam laptopku sekarang menunjukkan jam 12.02 am. Aku baru jer habis tgk cerita cerekarama kat tv3. Tajuk citer pada kali nie adalah seperi tajuk blog aku kat atas...actually citer die sebenarnye adalah komedi but at the end tu agak menyentuh perasaan aku gak lah sehingga menyebabkan air mataku berguguran jatuh ke pipi....aku hampir teresak2 tgk cerita tersebut...antara barisan pelakon dlm cerita tersebut ialah Arash Mohammad, Kak Ogy and Nora Danish. Ada gk pelakon len tapi aku tak tau apa nama die...huhuuhu. At first citer nie mmg tak de sgt n very lawak dengan telatah kak ogy yg mmg happening. Kak ogy n arash adalah husband n wife while nora pula adalah anak mereka dengan ada lagi dua mamat yg jadi adik beradik nora cuma tu lah aku tak tau nama pelakon tu. Kisah ini adalah berkisarkan tentang kegigihan seorang mak dlm menguruskan family dia. Mak dia nie seorang yang periang, slalu senyum n slalu berfikiran positif sampai anak dia leh kate mak die nie tak pernah rasa sedih ker???or tak pernah ada masalah ker??? Nora nie seorang anak yang pendiam tak mcm dua orang adik beradik dia yang len yang nakal n suke jer buat hal. Tapi nora nie tak rapat sgt ngan mama dia, kalau tak silap, last dia hang out with her mother tu masa umo 14 thn lah. Sampai satu hari, nora nie ada assgmnt kolej berkaitan dengan mother die. So start from that die berubah, dia try untuk close balik ngan mama dia. Mama dia g mana dia akan teman mama dia. Dlm dia cuba untuk rapat ngan mama dia, dia mula rasa kagum ngan mama dia yang tak pernah merungut penat malah dia merupakan seorang wanita yang sgt kuat bekerja. Then sampai satu hari tu pulak, abg dia terlibat dengan pergaduhan n ditahan di balai polis, nora yang menolong abg dia utk keluar lokap. So sebagai balasa, nora meminta abg dia agar bekerjasama utk merapati mama mereka dan mengenali mama diaorang denga lebih dekat lagi. Actually, dr sejak nora mula rapat ngan mama dia, mama diorang rasa mcm ada udang disebalik mee...tambah mencurigakan lagi apabila si bapuk kawan mama dia jadi batu api...oppss terlebih sudah...hahahahha. Then sampai lah satu malam tu, mama n papa dia bergaduh besar n mama dia ungkit semula, sebenarnya mama dia salah faham di atas kebaikan anak2 mereka, mama diorang fikir diorang nie saja nak kenakan mama diorang. tambahan pula, malam tu besday mama dia tak de sape pun yang wish. sebenarnya mama dia tak tau, yang anak2 dia dah sehari suntuk siapkan party utk mama dia tapi bila mama dia balik ungkit semua hal, mereka semua sedih. Then husband n papa diorang yang tau pasal rancagan anak diorang cuba buat isteri dia paham...mmg gaduh besar oooo, sedih sgt, terasa sgt pembawakan cerita nie...tapi at last baru mama dia tau mama dia salah faham n fikir diorang semua tak ingat besday mama dia...kesian cerita nie, mama dia dah lah salah paham tapi mesti anak2 terkejut sebab mama dia mengungkit depan diorang semua....hurm biasalah lah tu, manusia bukan semua sempurna, adatlah ada yang kurang...aku rasa sampai sini je lah dulu coret2 aku kali nie, dah ngantok dah nie....huhuh....daaa everyone...sampai ketemu lagi...

Sunday, April 26, 2009

aku kembali...

Assalammualaikum...dah lama rasanya aku tak tgk blog aku, terasa rindu yang amat memuncak terhadap blog aku nan satu nie...hahaha...actually aku bz lah sket dalam minggu lepas sebab terlalu banyak assgmnt yang kena hantar even minggu nie dah start exam...tapi aku masih ngan final assgmnt....huhuhu, letih tau....tidur tak cukup, kadang2 tak tidur langsung, makan pula tak menentu, mmg bz sgt lah aku....now dah start relax, almost semua dah settle cuma koswer aku nie jer lagi aku nak update sikit lagi before hantar masa due date die, rabu this week...huhuhu...isnin nie pula aku dah start exam dah, sem nie aku just ada 3 paper yang lain sume assgmnt...main final projek, tu yang bz tu...actually tadi aku tu bukan nak citer pasal kekalutan aku menghadapi minggu assgmnt tapi nak citer yg aku tgk tadi kat tv3...korang ada layan tak???best giler, salute lah kat penulis skrip sebab kirenye menampilkan cerita yang berlainan sikit sebab kan, masa tgk citer tu, aku n my housemate asyik tertanya2 jer apa lah bakal berlaku, slalunye citer kite leh tau dah apa yg bakal berlaku tapi yg nie dah lah wat suspen pastu mmg best lah...huhuh....erm mula2 cerita tu mmg sedih sgt tapi masa klimaks n the end mmg lucu...hahahahha...mmg best tapi aku tak tau lah pulak apa tajuk dia...oh yer baru aku ingat, tajuk die "intan manja sayang" kat tv3....pelakon die, jue, rusdi ramli ngan pelakon citer kasanova XXL, aku tak tau nama die sape....huhuhu...nnt aku cr nama die k...k lah, aku nak stop kat sini dl, nak continue with my work...daaa...have a nice day semua...

Monday, April 20, 2009

Orang yang mencintai kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,
‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya! ]


*kebanyakkan perkara di atas aku lakukan utk yang tersayang tapi dia tidak mengerti...mmg ada perkara yang aku buat die rasa sengal tapi aku tetap sabar walaupun die marah...aku harap dia tau betapa aku syg dia sgt...aku berharap suatu hari kami akan bersama2 smpi akhir hayat aku....AMIN

15 rahsia wanita....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,
lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum
anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan
senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak
berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.


*ada beberapa yang diperkatakan di atas ada pada diri aku...mayb juga pada semua wanita, rahsia-rahsia ini saja aku post sebab aku nak lelaki2 yang masuk baca blog aku, tau rahsia wanita...so pasni tak de lah nak buat2 salah faham atau buat2 tak faham perasaan perempuan..

Sunday, April 19, 2009

Rawan-Azharina

Lirik Lagu Rawan - Azharina

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untukku

*suke gile lagu nie, sedap pulak tu...kalau nak feel jiwang2, dengar2kan lah lagu nie...

Impian ku

Dalam masa 10 tahun lagi...aku harap sgt banyak yg dah aku capai dengan wang aku sendiri, buat masa ini aku teringin sgt nak miliki....

Antara kereta idamanku;

Mini Cooper


Swift


Myvi


*ini paling cikai ler...hehehe

Rumah idamanku;

aku suke yang simple2 jer, aku tak nak yang bertingkat2 susah kang parents aku nak turun naik tangga, n tak nak ada budak2 yang jatuh dr tangga pula, so aku senang kalau aku ada umah yang tak yah ada tangga, biarlah umah aku tu selebar alam, leh buat banyak2 bilik, tapi kat mana aku nak cr tanah...tanah bukan murah skunk....huhuhu. kalau dapat umah mcm kat bawah nie pun ok gak, simple n lawa jer...



ntah lah, aku harap sgt dapat miliki semua nie...moga2 rezeki aku dimurahkan oleh Allah....
AMIN







Dan Sebenarnya

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh–




*Ini lah wajah Yuna...sedap sore die

dowh...

Skrang jam menunjukkan jam 1.31 am. Hari nie 19hb April 2009 bersamaan dengan hari Ahad. Skunk nie aku ngah layan one in a million kat youtube. Member aku punya pc lah, tapi sambil2 tu aku layan blog aku nie...actually i'm really tired rite now, start from afternoon yesterday, i'm bz doin my 3D-my final work for this course. Huh, bukan wat model 3D jer tapi siap ngan buku tutorial sekali....tu yang letih rasanye otak nak wat keje lain. Skunk nie pun rasa ntah lah, so bored, don't know why..plz help me...anyone who can help to finish my work...so bored because just bz doin my assgmnt, nothing else...huh, cepatlah habis utk sem nie...letih sgt, bukan ape, sem nie banyak sgt buat koswer... hurm tak de apa pun nak sembang sgt, just nak coret2 sikit2 jer...hehehhe.

Thursday, April 16, 2009

8 Mengapa

1. Mengapa perlu bersedih apabila anda dicurangi, bukankah lebih baik begitu…sekurang-kurangnya anda tahu dia bukanlah manusia yang punya perasaan, bukan seorang yang baik hati, bukan orang yang patut anda kahwini. Anda terselamat sekarang ni!

2. Mengapa masih tertanya-tanya jika dilubuk hati anda rasakan yang dia ingin putus? Di saat hati anda berdetik, naluri anda bergelumang dengan seribu kerisauan….itu tandanya, saat perpisahan sudah hampir tiba.

3. Mengapa kata pemutus begitu penting untuk anda? Bukankah jika dia tak cakap ke or dia cakap, anda tetap dikecewakan! Atau anda fikir dengan cara dia cakap anda boleh tenang? Cakap putus atau tak cakap…sama saja, anda tetap akan bersedih! Kalau cakap lagi sedih. Lagi huru-hara. Lagi sakit hati…

4. Mengapa masih menanti? Anda tahu dia takkan kahwin dengan anda. Anda tahu dia takkan cintakan anda seperti orang lain bercinta. Anda tahu dia takkan berubah…lebih baik anda cari saja kekasih lain yang lebih menghormati anda. Yang tidak membuang masa anda! Yang mahu kahwin dengan anda hari ini!…lagi tunggu, lagilah bertambah umur, kita bukan semakin cantik/hensem… Bukakan peluang kepada mereka yang inginkan anda, bukakan hati anda kepada any new possibilities!

5. Mengapa masih tak mahu faham-faham? Jika dia kata dia tidak layak untuk anda, dia rasa anda berdua tidak sesuai, maknanya dia nak putus tapi dia tak mahu kecilkan hati anda… Ada juga yang kata anda lebih baik bersama orang lain, ada juga yang ingin meminta maaf tiba-tiba. Ada juga yang datang kembali dalam hidup anda, untuk berbuat baik dan menjadi kawan….kerana takut anda bomohkan dia ke, buat apa-apa kat dia. Yang anda pula ingat dia nak balik kat anda…i seh man.

6. Mengapa anda masih lagi tidak mahu percaya yang dia sudah tidak berminat dengan anda? dan anda masih terus menunggu jawapan darinya? Sedangkan dia sudah pun miliki hidup baru dengan kekasih yang baru. Sedangkan anda masih kesunyian, keseorangan…tanpa seorang pun yang mencintai anda…jangan biarkan diri anda diperlakukan begitu. Sebaik-baiknya anda hormati dan hargai diri anda dengan mencuba berbagai-bagai cara untuk membahagiakan diri anda.

7. Mengapa masih ingin tahu kemana dia menghilang? Lelaki ataupun wanita sama saja…apabila dia sudah miliki yang lain, cintanya pada yang lain, hatinya ditempat lain, dia akan mulai menjauhi anda, mulai menghilangkan diri…tak perlu nak rasa pelik, itu biasa lah bila orang dah tak nak.

8. Mengapa masih tidak puas-puas lagi hati anda? Cukuplah tu…jangan mempersoalkan lagi tindakan pasangan anda. TERLALU SUSAH untuk seseorang menyatakan yang dia ingin berpisah. Tidak ramai yang berani berhadapan. Lantas, mereka membuat keputusan dengan berdiam diri, menghilangkan diri, tidak tunjuk sayang, berkasar, tunjuk benci, guna perkataan kesat, dan berbagai-bagai cara lagi…yang sebenarnya dia sudah temui cinta yang lain dan apa yang sebenar-benarnya dia nak cakap, “IT’S OVER!”

*dipetik drpd brother luv..

Wednesday, April 15, 2009

Renungkan...

Ada seorang pemuda yang lama sekolah
di luar negeri, kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah ia meminta
kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru
agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang
boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu
mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa
menjawab pertanyaan- pertanyaan
saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan
Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh
kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi
pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa
anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu
adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada
saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak
mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!Itulah jawaban pertanyaan
pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
. Apakah tadi malam anda
bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan
dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir. Terbuat dari apa tangan yang
saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?

Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari
api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan
untuk syaitan.

*Dipetik dar blog

Friday, March 27, 2009

Sepi..

Jam sekarang menunjukkan 4.36 pagi. Aku baru je habis tgk cerite sepi yang mana ini adalah kali kedua aku menontonnya. huuhu..awat pagi2 bute nie aku rasa skema sgt...hurmm mungkin feel sedih masih ade lagi...tapi aku rasa, ini adalah antara filem yang boleh aku katakan antara yang terbaik aku tgk...feel tu mmg sampai, cara pembawakan watak tu..pergh..mmg best ler..dlm cerite nie, ada tiga kisah, tapi antara ketiga-tiga kisah tu, kisah yg paling buat aku feel nie kisah Imaan. Cerite sufi pun best gak tapi kire cerita Imaan nie lah paling best. Sebab lagipun, cerita cinta Imaan tu berkisar pasal remaja, mungkin sebab tu lah kot aku rase best...ntah lah kan, bile dengar n baca tajuk die, "Sepi"..mmg kadang2 aku rasa sepi gak, bukan lagi kadang2, rasanya mmg hari2 rasa kot..mcm mana bleh timbul rase sepi ek??benggong gak soalan aku tu...aku bukan lah kate aku sepi nie sebab tak de kawan, kawan mmg ade cume bila melibatkan soal hati...mungkin sebab itu sepi terjadi kan? Hurm aku malas gak cerita pasal perasaan nie, sebab letih dah...letih dah ngan perasaan menyayangi, letih utk semua...bukan sebab kita dah give up cuma bile perasaan kita tidak dihargai, itu yang menjadi letih...tipu lah kalau kita kate kita tak nak balasan kan, kalau bercinta atau menyanyangi, mestilah kita mengharap kita disayangi juga...dicintai...tapi bila ini terjadi...semua menjadi sepi...sesepi hati ini...sekosong hati ini....adess, jiwang pulak pagi2 bute nie...pada mereka yang sudi membaca blog ini...layan je lah yer...terima kasih aku ucapkan kerana sudi meluangkan masa...membaca hasil bebelan ku ini....huhuhuhu....nak rest jap, dah letih kena lah rest...huhuhu...k lah, slamat subuh n have good rest...assalammualaikum....zzzzzzz

Puisi "SEPI"

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku,
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

Wednesday, March 25, 2009

Aku, kau dan dia...

selayaknya engkau tahu
betapa ku mencintaimu
kau tenangkanku dari mimpi burukku

selayaknya kau mengerti
betapa engkau ku kagumi
kau telah tinggal di dalam palung hati

betapa hancur hatiku
melihat engkau bersamanya
namun ku mencoba tuk tegar menghadapinya
Tentang Aku, Kau dan Dia (Usai Sudah)

jangan kau menangis lagi
tak sanggup aku melihatnya
sekarang kau pilih diriku atau dirinya


kau tuliskan cerita tentang engkau dan dia
yg membuat hatiku semakin terluka
sudah usai sudah cerita engkau dan aku
ku anggap sebagai bingkisan kalbu

ku tulis cerita tentang aku dan dia
sehingga membuatmu terluka
sudah usai sudah, jangan menangis lagi
kurasa sampailah di sini



Mood "Pudar"...

Sekarang jam menunjukkan jam 12.04 pagi yang tak tau lah betul ker tak jam kat laptop aku nie...huhuhuh. Erm hari nie nak sembang ape lak yer...aku skunk nie tak de lah buat ape sgt, just ngah layan lagu pudar..sambil tergolek2 dah aku menari nie dengar lagu rossa...hahahaha. Tapi ini adalah salah satu terapi yang aku lakukan sekiranya aku tension mengenangkan nasib yang sgt banyak assignment. Tadi baru jer habis tgk citer kat tv3...erm tajuk kasanova XXL, best wooo...kalau tak tgk mmg rugi tapi tak pe, leh jer tgk kat laman web tv3...gua cakap ngan lu, mmg bestlah...gelak sakan aku mula2 tgk citer nie...hahahha. Sebenarnya kan aku tak de lah nak citer apa2 pun, saje jer nak menambah2 di dalam blog aku nie...hahahhaha. K lah aku nak wat bende lain dl. Kang update lagi lah blog aku nie...daaa...Assalammualaikum..

Monday, March 23, 2009

Best friend VS Kekasih...

Best tak tajuk tu? hahahahha...aku rasa mcm mantap jer...actually aku just nak bagi pendapat tentang tajuk tersebut sebab aku rasa mcm mmg nak ckp sumthing lah...tentang hal tersebut...huhuhu. Aku bukan nak kate lah kan, tapi aku hanya menyampaikan suara hatiku, aku rasa ada baiknye kawan je kan daripada kapel2 nie. Ntahlah ade mase rasa mcm wat semak pun ade, wat sakit hati pun ade juga kalau kapel2 nie. Tapi ape orang kate, biasalah tu, adat bercinta...sebab dah jadi adatlah ade mase mcm nak give up jer ngan semua nie...one thing yang best kalau kite just berkawan, ngan kawan, everything kita bleh share n doing together tanpa menyakitkan sesape. Kita tak de lah rasa nak sakit2 atie kalau ia melibatkan perasaan, ye lah, kita dah tau taraf kita kawan then kita nak sakit wat ape kan....huhuh. Ini terutama pada mereka yang punya bestfren laki atau perempuan lah katakan...contohnya, mcm dia keluar ngan awek die atau kite keluar ngan pakwe kite, kita nak sakit atie atau jeles pun rasa mcm tak de guna sebab kita nie just kawan...statement nie ditujukan kepada mereka yg ada simpan perasaan kat bestfren...hahahaha. Dulu dalam 2 3 tahun lepas, adalah satu minah nie, die giler punya cinta kat mamat nie, tapi mamat nie dah ade makwe but in the same time, hubungan diorang nie tak ler ok sgt. Nak dijadikan cerita, kire mcm awek die yg slalu wat hal. Then masa tu, mamat n minah tu kirenye jadi kawan n mayb masing2 kot mcm simpan perasaan. Tapi biasalah tu, buat2 hal pun, sape yg tak syg awek kan, di pendekkan cerita, mamat tu kembalilah ke pangkuan awek die. Dan disambung cerita balik, selepas beberapa bulan selepas itu, mamat tu cari minah tu balik...dia kate, dah broke up with his girlfriend. Minah nie exited sebenarnye tapi msh gak dalam keadaan kecewa sebab bukan senang nak lupe kisah lalu...huhuhuhu. Then minah n mamat nie, berhubung mcm dl lagi sampai lah satu detik, mamat tu tanya, hubungan kita nie apa sebenarnye. Actually, die kate, kalau nak serius die ok jer, kalau tak, die nak serius kat anak kawan abah die. Hurm then minah nie kate, give her some time. Minah nie bukan lah tak nak jadi awek pada mamat tu, tapi banyak bende yg perlu dipertimbangkan. Kalau ikutkan rasa hati, mmg nak kate yer je minah tu, tapi die masih waras utk fikir bende2 yg seharunya difikirkan. Then sampai lah satu hari tu, minah tu timbulkan balik pertanyaan mamat tersebut, minah tu kate kat mamat tu, yang die nak jadi kawan jer....kawan baik, sebab die takut, hubungan akrab die ngan mamat tu bile dah kapel nnt tak seindah masa berkawan. Minah tu syg hub kawan diorang, kalau nak dikatakan, die mmg suke giler kat laki tu, tapi mungkin keputusan tu yang terbaik kot. Kalau berdasarkan cerita nie lah kan, actually hubungan kawan dan kekasih tu masing-masing ade kelebihan dan kelemahannya. Mayb pada minah nie, hub kawan tu lagi buat die rasa selamat, then die pilih just utk berkawan. Sebab kalau kawan, if kita gaduh pun, kita tak de lah nak musuh lama2 sgt kan tapi cube kalau dah kapel, aku rasa, mesti kalau yg dah clash sana, broke up sana, dah maki hamun...huhuhuhuh. Ntah lah, susah juga nak nak sembang pasal nie, sebab ini semua terpulang pada diri individukan, semua jawapan ada ditangan kita sendiri tetapi sebelum kita amik tindakan, kita tanyalah diri kita sebaiknya, adakah kita sudah bersiap sedia fizikal dan mental utk bercinta???? Sebab hal cinta ini bukan mudah, di depan kita tak tau apa akan jadi ngan hub kita, tapi apa2 pun, jaga lah sebaiknya sesuatu hub tersebut. Berkawan pula, jadi lah kawan yang mampu untuk berkongsi masa susah n senang kita bersama. Fikirkan apa yang perlu atau tidak dalam berkawan...mmg lah tak de manusia yg sempurna tetapi jgn kerana pernyataan tersebut, kita terang benderang nak bagitau kita nie tak sempurna...apa2 pun, kita cuba buat yang terbaik. huhuhuhu....kenapa aku berceramah pula nie, mcm ade pengalaman jer kan...tapi sebenarnya, apa yang aku kelentong kat blog nie aku hanya bercerita sedikit pengalaman kawan-kawan kita di samping memberikan iktibar kepada diri anda dan juga aku...semua nya ditangan anda sama ada anda mahu bestfen atau kekasih?

Sunday, March 22, 2009

Kenali aku..

Assalammualaikum....

Sebelum kamu melangkah ke baris-baris atau bait-bait coretanku yang seterusnya...jawab2 lah dulu salam tu yer dan pada mereka yang bukan muslim, aku ucapkan salam sejahtera...Sebenarnya, di awal coretan blogku ini, aku hanya ingin memperkenalkan diri ini kerana rasanya tidak lah banyak information yang korang dapat kat bahgian profil aku...huhuhuh...So secara rasminya, nama aku di dalam IC ialah SITI NURHAZWANI BINTI NORDIN dan no IC aku pula ialah 860222-??-???? (tanda soal tu..pandai2 carilah yer..itu pun kalau dapat), sebenarnye, aku gtau nombor yang depan2 tu sebab nak korang tau besday aku, so setiap kali detik dan waktu itu, akan aku tggu lah siapa2 insan yang sudi utk wish kat aku n sekalian dengan hadiahnya lah...tapi pada family aku, mereka adalah insan-insan yang terpilih utk aku tggu diorang wish (hahahahaha). Nama daddyku ialah Nordin Bin Hj. Bujang dan isterinya ialah Hanisah Bte Abdullah yang mana juga merangkap sebagai mami ku. Aku nie anak sulung dari 4 orang adik beradik. Adikku yang selepas aku ialah Mohd Haziq Binti Nordin, dan dua orang adik pompuanku lagi masing-masing bernama Siti Nurfadilah Binti Nordin dan Siti Nuratiqah Binti Nordin. Aku nie mmg pure sabah, my dad orang kedayan n my mum pula kadazan. So jadilah family kedayan + kadazan. Aku skunk ni masih lagi study dan sedang berusaha untuk mendapatkan my degree....Pendidikan Multimedia. Aku rasa mcm tak sabar nak pegang duit sendiri, tak sabar rasanya utk berdiri di kaki sendiri. Ya Allah, bantulah hamba Mu ini dalam menghadapi liku-liku hidup yang tidak aku ketahui apa yang bakal ku temui nnt. Amin. Sape yg baca doa aku nie, amin kan sekali tau. Antara sebab kemunculan blog aku ini adalah, saje2 jer buat....huhuhuh. Tak de lah, aku cuma saje nak berkongsi sape aku, apa aku suke n macam2 lah yang smana di dalam blog ini akan memuatkan semua apa yang berkaitan dengan aku. (Huh) Actually, aku rasalah kan, dah cukup rasanya aku bercerita tentang aku...hahaha..Apa kata anda pula yang introduce yourself kat I nie...huhuhu geli u. Di saat dan ketika ini, kosong...eh, apa yang kosong nie...tin kosong kot ker aku nie yang blank??? Don;t know lah guys, rasa semak sebenarnye nie ngan assgmnt...huhuhu. Bilelah nak siap nie??? ok takpe2, nanti aku sambung lagi, di episode yang lain k...siri blogku...penjelajahan ke alam maya...hahahahha...see ya..sape2 yang terjumpe blog ku ini, and nak add aku...or komen just do it k...daaa.Assalammualaikum n selamat sejahtera...