Wednesday, February 23, 2011

11 golongan manusia yang didoakan Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.


Sumber: http://quickblack.000space.com/doamalaikat.php

Saturday, February 19, 2011

Tahniah!!!


Go SIGMA.....fighting!!! Tahniah, atas kejayaan kamu mendapat tempat ke- 3.

Wednesday, February 9, 2011

Oh tidak!



Tadi belek-belek gambar kat laptop, ternampak gambar nie, seingat ai, nie gambar mase nak g kelas KPP. Amik gambar nie pun sebab cik abg soh amik n sent, ape lagi, ngade2 lah sket...tapi kan, TEMBAMnye pipiku di sini.....Oh TIDAK! sekian terima kasih.

with love,
zwanie

Oh dia!



mesti ingat aku tayang kekasih hati tadi kan...ekeke. Ini dia kekasih hati aku pada malam ini, baru siap dating dengan dia tadi. Al maklumlah, esk nak ceritakan pasal die kepada anak didik ku...Terima kasih yer syg, bagi ilmu kat saya tadi untuk didik murid sy esk, permudahkan mereka memahami ilmu ini...AMIN.

Monday, February 7, 2011

memories



Cantik kan gambar nie???? :)

Alhamdulillah

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah,

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya, diharapkan rezeki untuk die semakin melimpah ruah...mudah2an Ya Allah, perkenankan lah doaku.

OOpss, blurr yer...tak de apa lah, saje nak berdoa dulu sebelum berblogging...amin-amin kan lah yer ramai-ramai, semoga termakbul lagi doa ku ini. Wohaaa, ellooo guys! long time no see kan??? agak-agak sebulan kot aku tak update blog aku, al-maklumlah, karier ku sebagai guru telah bermula dan tugasku kini menuntutku untuk berdepan dengan pelbagai tanggungjawab (guru junior lah katakan...hoho, oops).

So apa citer korang?? mesti dah berkarung-karung citer korang yang aku tak update kan?? haih, baru jap tadi aku tgk blog aku ngan kengkawan aku, sgt2 ketinggalan udeh diri ini, dah lama tak mengaktifkan diri ku walaupun mmg slalu aktif dengan tugas saban hari yang tidak dapat diduga...wohaaa, that we call as cabaran sebagai seorang GURU yer adik-adik. Apa yang mengumbirakan, ahli blog kami dah bertambah...yehaaa, mmg dah lama tggu SYAZLIN masuk and buat come back dengan blog die...hoho, dan tidak juga dilupakan kepada CT dan NOY, korang jgn sorok2 dengan ai yer, ai tau kamu berdua sgt bz di abad ini.

Soalan untuk korang bertige:

CT - dah ready persiapan untuk majlis tunang kau??

NOY - bila lah kau mahu menjejakkan kaki mu di tanah ku ini...hoho, mahu juga nek n bau kete baru kau tu...ekekeke.

syazlin - dah berpunye ker??? mcm mana kerja?? ok tak...lame tak gosip kan syazlin...hoho

kepada anda bertiga, sila update yer dengan jawapan kat comment...ai tggu tau. ape2 pun, take care dan harap2 kite dpt spent times together lagi mcm dulu2...

Erm agak2, mcm dah lepas rindu gak mencoret kat dinding blog ku ini, di lain hari dan di lain masa...kita bersua lagi, jgn nakal2 dan selamat beramal....peace2 no war.

Assalammualaikum kepada yg muslim dan salam sejahtera kepada yg lain.