Thursday, December 16, 2010

Selamat Pagi Dunia

Wohaaa, selamat pagi dunia. Erm untuk pertama kali rasanya aku berblogging di pagi hari. Jam laptopku menunjukkan 8.29 pagi pada ketika ini. Pagi di tempatku pada hari ini sangat cerah dan udaranya menyamankan. Dah sarapan ker KAWAN-KAWAN semua???? Kalau belum g sarapan dulu barulah mulakan kerja. Ceriakan pagi anda dengan Nescafe (hoho, sempat lagi tu pomot), padahal tadi pagi aku bersarapan bertemankan dengan milo dan dua biji telur separuh masak, amacam, menarikkan???

As usual, aku dan rakan ku akan menghadirkan diri ke sekolahlah seperti biasa, tiada yang special cume sedikit boring sebab tidak tahu apa yang hendak dibuat....huhuh. Tapi apa yang menarik, dapat menghirup udara yang segar...ngeh2 (jangan jeles tau) di samping menyenamkan diri dengan berjalan kaki ke sekolah (al-maklumlah, guru baru, tak de kete lagi, pakej sekali tak de lesen), muohoho.

Pagi ini, aku isikan aktivitiku dengan membaca akhbar (penting tau membaca akhbar, MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU), berblogging dan cek lah ape2 yang patut (mf2u, fb, email, dll). Best kan kerja aku...ini belum lagi, bile dah start buka sekolah, pasti susah lah nak mengonlinekan diri...huhu. Ape yang best lagi, dapat makan free, ada cikgu yang bersedekah...(semoga rezekinya melimpah ruah dan sentiasa sihat. AMIN).

I think, dah banyak kot aku berceloteh pada pagi ini. Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan selamat berhari KHAMIS dan selamat bekerja ya....jangan fesbuk jer memanjang.

PS: Mode merajuk :(

A la nanita nana

Jam laptopku menunjukkan 12.20 pagi, aku rasa2 mesti ramai yang dah nak masuk tido kan???? so di kesempatan ini, izinkan dinda membuai kekanda2 (alahai, gediknye ayat) di luar sana dengan lagu dodoian yang aku kira boleh membantu mempercepatkan ketiduran anda:

semoga terhibur n ketiduran ya!





Wednesday, December 15, 2010

Banggang

Terlebih dahulu, aku ingin mohon maaf kepada para pelawat blog aku nie, ye lah tajuk aku tu sungguh kasar kan???? hahahhaha. Actually, BANGGANG tu ku tujukan khas kepada DIA yang tak reti bahasa dan seangkatan dengannya. Not for my bucuk...die aku syg sgt2. Tapi biasa lah, dah namanya orang tak senang tgk kite bahagia, nak kacau daun pulak, tolong lah, wat past is past, aku tak kan pandang pun apa yg kau cuba lakukan lebih2 lagi dengan STATUS tahap dewa kau tu.

Between, nape lah skrang nie terhegeh2 nie, tak MALU ker?? BIG QUESTION MARK dalam otak ku nie, tolong lah sedar diri tu, kau dah banyak buat silap masih mau buat silap lagi...aiyak, mcm ini punya olang pun adakah...ini lah yang kite panggil BENGAP, BANGGANG, dan ape2 lah.

Aku tak de lah nak kutuk2 kau dan aku tak pernah pun nak usik hidup baru kau, tapi bile kau datang balik dengan lakonan basi kau tu dan nak kacau hidup aku sekarang....TERIMA KASIH jer lah, u silap orang lah yunk...hahahaha. Aku nie rasanya tak de lah orang pendendam malah tak nak maafkan kesalahan orang tapi bile orang tu dah nak sgt aku INGAT salah die kat aku, just fine my dear...aku akan INGATLAH & pasal MAAF tu, bleh ker tak maafkan kau???

Pada kengkawan aku, doakan aku sentiasa bahagia dengan kekasih hati ku pada ketika ini, dan pada DIA, nantikan kad kawin ku....tak payah buang masa k.

PS:

DIA - bawa2 mengucap k, urus hidup kau dan dia. Jangan lah dok nak nasihat aku ape yang patut dan tak patut nak buat, hidup kau sendiri tak terurus, malah tanggungjawab ntah ke mana, KAU belum layak utk jadi penasihat bertauliah....orang sesat jalan dengar ape yang kau katakan. Akhir kalam, bawa2 sedarkan diri tu yer.

Bicara Hati



Erm semalam aku mengabdikan diri ku untuk bertafakur sebentar bersama novel cintan cintun...muohoho...asyik deh lo. Novel yg sgt2 maveles untuk menganggu jiwa kau...apakah?? erm terasa nak baca ker??? G lah beli ker or pinjam kat kawan...Jgn pinjam kat aku dah ler sebab aku tak de, aku pun pinjam kat kawan...waka waka eh eh (ternyanyi pulok eden). Wa cakap kat lu, lu mesti JIWA-JIWA punye baca buku nie, tak mcm lu baca buku teks lu yang lu simpan dalam kotak tu....hoho. Ape2 pun selamat membaca!!!

PS: BUCUK, ai miss u lah mase baca buku nie, ai terasa kejiwaannya..luv u mucuk~








Hantu Kak Limah Balik Rumah



Yuhuuu...ceciter, ceciter....nak citer ape???? hahahha...aku nak gtau yang aku dah tgk citer nie kat pawagam...pada hari ketiga die ditayangan...hoho. Kalau rase nak pecah perut ketawa barai, g lah tgk citer nie...tgk gelagat AWIE, JOHAN, dan ramai lagi lah...mmmg LAWAK giler weh...cume tak best sgt lah ending die...huhuhu. Tapi itu pandangan aku lah...so nak tau best ker tak g beli tiket n tgk wayang nie...

PS:

Pada "BUCUK" ku tersayang, sori yer, ai g tgk dulu....kalau you dekat dah lame kite g tgk same2 mcm hari tu. Miss u...Kalau nak tgk, tak bleh tau tgk ngan kawan "perempuan", diINGATKAN sekali lagi, tak bleh pi dengan kawan PEREMPUAN...ai jeles tau. Oops terlebih sudeh (seperti kata stacy, pinjam jap yer)....I've told u oredy rite...ngee~


Akhir kalam, sokonglah industri perfileman negara kita.....chow.


Wednesday, December 8, 2010

CIKGU

Dan bergitulah tajuk entry ku pada kali ini…CIKGU…Ya, aku sekarang telah bergelar seorang cikgu. Dulu aku hanya sebagai anak murid yang duduk di kelas sambil mendengar bait-bait ilmu yang disampaikan oleh guru tapi…Aku kini berdiri di bahagian depan mengambil posisi seperti guru ku dahulu..aku lah insan yang bakal mencurahkan segala ilmu yang ku miliki…ilmu yang ku semat di benak ku beberapa tahun ini…Ya Allah, permudahkan urusan ku, permudahkan muridku dalam menimba ilmu dariku, Jadikan aku guru yang mampu mendidik mereka sebaik mungkin, bantu aku Ya Allah, permudahkan aku dalam menyampaikan proses pengajaran ku dengan baik…AMIN.

Here I am ~

Friday, November 19, 2010

Kimia-

Penah tak korang dengar lagu kimia by Melda Ahmad...hoho. Sweet sangat lirik dia. Then, tetiba hari nie aku rasa nak dengar semula lagu tu, so aku cari lah kat Youtube. Okeh kat bawah nie aku share lah video lagu die tu yer...






OK???? amacam best tak...actually, first time aku dengar lagu nie masa 2009. Kawan aku yang soh dengar...thankz to Noy...sy manyak shuke lagu ini...hoho. Tapi ape yang menarik lagi, aku terjumpe lah sorang mamat nie, die wat lagu versi lelaki plak...sedap woo sore die. Okeh jom kite dengar sama-sama lagu versi lelaki plak...hoho.





dah habis dengar??? ape komen korang?? best kan plus ok lah, tak ler menyakitkan telinge...ngeh2. So pada mereka yg tengah bercinta cintun terasa nak bagi lagu kat awek or pak we korang, nie dah ade versi pompuan n lelaki. Tapi yang ORIGINAL nye pompuan yang nyanyi lah..Melda Ahmad, that guy tu cume test2 buat versi lelaki jer tu...ape2 pun, gud luck lah utk Melda Ahmad...i love your song girl...

Tuesday, November 16, 2010

Oh debarnya!!!!

dup dap, dup dap...bunyi apa tu????

Eh, tu macam bunyi jantung aku berdebar je....hoho. Ye, mmg aku berdebar. Berdebar sebab aku telah di LAMAR...tak PERCAYA ker???? okeh-okeh, aku gtau sekali lagi, aku telah di LAMAR.

Tett....okeh2, nanti aku roger2 k...oh GEMBIRANYA.....


Monday, November 15, 2010

U rase U dah tunang blom???

Wohaaa, apa entry aku kali ini...tapi betul, korang rasa-rasa, korang dah tunang atau belum??? aku rasa terpanggil nak buat entry kali ini sebab aku terjumpa satu artikel di buku mukaku atau lebih dikenali dengan 'Facebook'...hohohoo. Rupa-rupanya, tanpa kita sedari kita boleh menjadi tunangan orang....OMG, terkejut bukan. So, dikesempatan ini aku ingin share lah sikit pasal artikel tu.

Check this out:

Percaya atau x, kita boleh ber"tunang" tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka denganpinanganlelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawabpinangantersebut.


Mesti lepas baca artikel nie korang terkejut kan, mesti semua dah berkira-kira berapa kali dah tunang...or maybe mesti tengah fikir, "that mean aku tgh jadi tunangan orang", hohoo. Apa-apa pun if korang dah bertunang or tidak, if dah berjanji maka tunaikan lah, jadi lah INSAN yang berpegang pada janji. :)


SUMBER: actually aku dapat artikel nie mmg dari FB tapi orang kat FB pun sebenarnye amik dari blog orang lain...apa2 pun, dua-dua aku bagi kredit... thankz guys.

FB: in a relationship with

Blog : http://faina989.blogspot.com/2010/08/kita-mungkin-telah-bertunang-tanpa.html



Tuesday, November 9, 2010

Oh Cinta

Sejak aku terpandang wajahmu, aku mula jatuh cinta dan agak-agak angau gitu....hahahha. Apakah entry aku kali ini...wohoa. Actually, aku mula menjadi angau setelah melihat model hp nokia yg terbaru...NOKIA N8. I wish I could have U...okeh, memandangkan dah nak masuk tahun baru - 2011, aku rasa aku dah tahu apa yang aku nak tahun depan...wohaa (ketawa jahat gitu). Nak tgk tak gambar kekasih hamba...jom~






Wednesday, November 3, 2010

Al-Fatihah

Pada 29 Oktober 2010, aku dan keluargaku telah mendapat khabar berita yang agak menyedihkan dari kampung yang mana atok ku telah kembali ke Rahmatullah. Aku mendoakan semoga atok ku di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah~


Thursday, September 30, 2010

Kedayan

erm..tiba-tiba dalam dua tiga hari nie aku terfikir nak buat entry pasal bangsa aku. Walaupun aku nie dikira campuran (kedayan + kadazan), tapi hari nie aku ingin cerita sedikit sebanyak pasal kedayan terlebih dahulu. Siapa yang kedayan nie...hoho tentulah my dad dan kadazan pula my mum. eh, aku kate tadi nak sembang pasal kedayan nie tanya-tanya pulak siapa kedayan...ececece, iklan jer lah.

Ok, menurut daripada pembacaan aku kat pak wiki (wikipedia)...orang kedayan nie sebenarnya menetap kat Miri Sarawak. Dulu sebelum penubuhan Malaysia, Miri merupakan sebahagian daripada Brunei (Wohaa, lagaknye aku seperti bijak pandai sejarah). Tapi bangsa nie boleh juga ditemui di Limbang, Sarawak; Sipitang, Sabah dan Labuan. Kampung my dad termasuk dekat daerah Sipitang, so betul lah aku anak kedayan...hoho.

Rupa-rupanya, kedayan nie merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan juga Orang Melayu Brunei. Wah, tak tahu lak aku nie ada campuran jawa rupanya....tapi setakat campuran bukan tahu pun cakap jawa...=). Macam mana boleh jadi campuran ngan jawa nie pulak??? ok mcm nie ceritanya, dulu Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah (1473 - 1521) rajin singgah di tanah nusantara seperti di kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah di tanah Filipina. Dan di tanah Jawa Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi , maka baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini puak kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong). Dan kemudian berpindah-rendah ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak. wohaaa, jadi ahli sejarawan pulak aku sekejap untuk bangsaku...=)

Nak belajar tak bahasa kedayan??? Meh aku ajar beberapa perkataan...

  • kadiaku : saya,aku
  • kadika'ou: engkau
  • biskita : anda
  • bisdurang: mereka
  • paradian : saudara-mara
  • nada : tiada
  • inda : tidak
  • auwoo : ya
  • indung : ibubapa
  • bedudun : berziarah, bekunjung
  • buyuk : tipu, kelentong
  • palui : bodoh
hoho...lebih kurang macam nie lah bahasa kedayan....ini pun aku amik dari pak wiki juga, tapi setelah ditapis dah diselidik baru aku letak lah...tgk betul ker tak...aku tak de lah pandai sangat tapi tak de lah tak pandai...boleh lah juga bertutuan...tau tak bertutuan tu ape??? lebih kurang bercakap atau bertutur...hoho. Wah aku rasa dah agak banyak info aku cerita nie...pada mereka yang sudi membaca sehingga ke titik nokhtah yang terakhir, tq so much. Akhir kalam, ini lah bangsaku, hidup KEDAYAN...cewah.


Tadinya aku nak cari gambar yang ada kaitan dengan kedayan, sekali aku terjumpa banner rumah terbuka pak cik aku pulak...hoho. Masa nie lah komuniti kedayan berkumpul dan bersama-sama meraikan hari raya...semua paradian pun amai yang datang...mariah hantap...hoho. oklah, tadi dah buat penutup nie sembang lagi...semoga terhibur dengan entry ku...sematkan kedayan dalam hatimu...=)


Wednesday, September 22, 2010

Walaa...




At last...dapat gak kitaorang satu family amik gambar...masa nie amik gambar kat rumah terbuka pak cik aku pada raya ke 3. Sangat suka gambar ini....

Monday, September 20, 2010

Pesanan Buat Suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Oleh : Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

sumber: dari seorang hamba Allah kat dalam fb...thankz =)