Ok, menurut daripada pembacaan aku kat pak wiki (wikipedia)...orang kedayan nie sebenarnya menetap kat Miri Sarawak. Dulu sebelum penubuhan Malaysia, Miri merupakan sebahagian daripada Brunei (Wohaa, lagaknye aku seperti bijak pandai sejarah). Tapi bangsa nie boleh juga ditemui di Limbang, Sarawak; Sipitang, Sabah dan Labuan. Kampung my dad termasuk dekat daerah Sipitang, so betul lah aku anak kedayan...hoho.
Rupa-rupanya, kedayan nie merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan juga Orang Melayu Brunei. Wah, tak tahu lak aku nie ada campuran jawa rupanya....tapi setakat campuran bukan tahu pun cakap jawa...=). Macam mana boleh jadi campuran ngan jawa nie pulak??? ok mcm nie ceritanya, dulu Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah (1473 - 1521) rajin singgah di tanah nusantara seperti di kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah di tanah Filipina. Dan di tanah Jawa Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi , maka baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini puak kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong). Dan kemudian berpindah-rendah ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak. wohaaa, jadi ahli sejarawan pulak aku sekejap untuk bangsaku...=)
Nak belajar tak bahasa kedayan??? Meh aku ajar beberapa perkataan...
- kadiaku : saya,aku
- kadika'ou: engkau
- biskita : anda
- bisdurang: mereka
- paradian : saudara-mara
- nada : tiada
- inda : tidak
- auwoo : ya
- indung : ibubapa
- bedudun : berziarah, bekunjung
- buyuk : tipu, kelentong
- palui : bodoh

Tadinya aku nak cari gambar yang ada kaitan dengan kedayan, sekali aku terjumpa banner rumah terbuka pak cik aku pulak...hoho. Masa nie lah komuniti kedayan berkumpul dan bersama-sama meraikan hari raya...semua paradian pun amai yang datang...mariah hantap...hoho. oklah, tadi dah buat penutup nie sembang lagi...semoga terhibur dengan entry ku...sematkan kedayan dalam hatimu...=)
No comments:
Post a Comment