Wednesday, May 26, 2010

Sunday, May 23, 2010

=)

Nukilan pada kali ini adalah kerana apabila diri ini merasa terpanggil dengan kesedihan yang dialami oleh diriku. Huh, hari-hari yang mendatang tanpa dia membuat aku lebih sedih dengan mengenang apa yang penah dilalui oleh kami. Mungkin banyak kekurangan padaku yang tidak boleh diterimanya semasa kami bersama namun itu bukan lah tiket untuk die menduakan cinta kami. Tapi takdir telah pun tertulis, dia telah pergi. Apa yang aku harapkan dia bahagia bersama pilihan hatinya. Aku tidak mahu menjadi tempat dia mengadu keluh kesahnya kerana aku bukan lah insan yang layak untuk menjadi sandarannya...mcm mana utk aku pergi darinya seandainya dia belum melepaskan tanganku. Bukan lah aku tidak boleh melepaskan tangan dia, tapi aku juga insan lemah yang masih lagi mempunyai perasaan terhadapnya, namun aku tidak lah pulak sanggup melihat kehancuran hubungannya...tidak dinafikan aku sayang die masih but everything is change. It will never be the same like before....huh, tak terdayanya aku.....

Friday, May 21, 2010

bla...bla..

Jika dipertanyakan berkaitan soal hati, jujur aku katakan, aku kecewa malah sedih...after 3 years semua nie berlaku terhadap hubungan aku dan dia. Mungkin inilah yang dikatakan takdir atau lebih tepat lagi tiada jodoh antara kami. Pada ketika ini, apa yang aku harapkan ialah aku akan menjadi orang yang lebih tabah dalam menghadapi liku-liku hidup yang ntah apa yang bakal berlaku di hadapan sana. Nak dikatakan pasal kecewa, usah dikata, hati ini bagai ditusuk pisau yang tidak mungkin akan terubat. Dengan kenangan dan memori yang masih terpahat segar dalam ingatanku, tidak mungkin semudah itu aku melupakan. Melihat dia membina mahligai bahagia sungguh mengguris hati. Aku slalu bertanya dalam hati, tidak pernah ker sekali pun dalam belas ihsan nye, memikirkan perasaan aku yang kecewa dengan apa yang dilakukannya...huh, sedih sgt. Rupanya, baru aku tersedar dari anganku yang panjang yang mengimpikan kehidupan yang bahagia bersamanya namun dirosakkn dengan sekelip mata olehnya tanpa rasa kasihan. Aku cuba meredhai setiap apa yang berlaku namun aku juga insan lemah yang tidak lepas dari membuat kesilapan, dalam hati ini masih mendambakannya dan menginginkannya. Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat yang dibenci olehmu, sesungguhnya Engkau maha mengetahui tiap apa yang terbaik untukku. Ubati lah rasa sedih ini Ya Allah...temukanlah, golongan Adam yang terbaik untuk diri ini yang boleh membimbingku dunia dan akhirat. Jadikan lah dia sebaik-baik pasangan yang diciptakan oleh Mu untuk hamba Mu ini Ya Allah. Apa-apa pun aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia. Terima Kasih atas hubungan kita selama ini. Having u is the best thing i ever had in my life..