Saturday, November 7, 2009

Hari Sabtu...

erm hari nie adalah hari rehat sedunia buatku, sejak beberapa hari aku dapat tidur dengan secukupnya, ini menandakan, sem ini bakal berakhir, yer, ini sem final aku kat UPSI. Tahun depan, selama satu sem aku ada latihan mengajar and then aku grad. Tapi....pas aku grad, aku tak dapat posting mcm bach2 sebelum nie sebab bermula tahun depan, posting guru dibekukan, hurm dah ramai sgt guru kat Malaysia nie. So apa aku nak buat? Aku rancang nak cari keje dl kot. tak kan nak tanam anggur kot kat umah, if anggur tu menjadi tak per gak, dapat lah nak jual ker or paling tidak buat family aku makan...hoho, apakah merapu sorang2 nie...Dah lama rasanya aku tak bercerite dekat blog aku nie, ape tidak aku bz sgt dengan projek final dan juga assgmnt yang seangkatan dengannya, mmg teruk bz. Aku fikir tak dapat nak bertahan, Alhamdulillah, sampai juga aku kepenghujung jalan sem nie....skunk nie aku ngan tggu nak duduk exam jer lagi. Aku ada paper pada 13 dan 17 nie, dua paper, nasib baik :) dan aku tgh menunggu report aku dr suppervisor aku pasal final projek, pas dapat n edit sikit, then nak hantar g jilid kat fakulti. Tak banyak lagi dah keje aku, aku lega sgt. Terima kasih Ya Allah, bagi aku kesempatan dan kekuatan untuk selesaikan tanggungjawab aku walaupun mungkin bukan yang terbaik dapat aku buat. Alhamdulillah. K lah, aku rasa setakat tu jer dl kot aku nak sembang pasal hari nie, if ada lagi kite sambung jer...tq blog, sudi jadi peneman n dengar segala keluhan...:)...daa semua, semoga semua diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak...Assalammualaikum.

Khasiat Seleri



Seleri sejenis sayur berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitaminA, B-komplek dan C dan magnesium. Ia dikenali sebagai Apium graveolens yang berasal daripada keluarga dulce umbelliferae. Seleri merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat tekanan darah tinggi. Ia boleh dimasak sup atau sayur untuk dihidangkan sebagai hidangan sampingan.

Seleri juga bertindak melancarkan pengaliran dan pusingan haid serta mengatasi masalah penyakit keputihan. Ia juga dapat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, dan ekzema atau geligata. Kandungan garam galian dalam seleri bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinnya. Proses itu bertindak membersihkan kulit dan amat berkesan untuk mengatasi masalah alahan, termasuk alahan terhadap kucing.