Thursday, September 30, 2010

Kedayan

erm..tiba-tiba dalam dua tiga hari nie aku terfikir nak buat entry pasal bangsa aku. Walaupun aku nie dikira campuran (kedayan + kadazan), tapi hari nie aku ingin cerita sedikit sebanyak pasal kedayan terlebih dahulu. Siapa yang kedayan nie...hoho tentulah my dad dan kadazan pula my mum. eh, aku kate tadi nak sembang pasal kedayan nie tanya-tanya pulak siapa kedayan...ececece, iklan jer lah.

Ok, menurut daripada pembacaan aku kat pak wiki (wikipedia)...orang kedayan nie sebenarnya menetap kat Miri Sarawak. Dulu sebelum penubuhan Malaysia, Miri merupakan sebahagian daripada Brunei (Wohaa, lagaknye aku seperti bijak pandai sejarah). Tapi bangsa nie boleh juga ditemui di Limbang, Sarawak; Sipitang, Sabah dan Labuan. Kampung my dad termasuk dekat daerah Sipitang, so betul lah aku anak kedayan...hoho.

Rupa-rupanya, kedayan nie merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan juga Orang Melayu Brunei. Wah, tak tahu lak aku nie ada campuran jawa rupanya....tapi setakat campuran bukan tahu pun cakap jawa...=). Macam mana boleh jadi campuran ngan jawa nie pulak??? ok mcm nie ceritanya, dulu Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah (1473 - 1521) rajin singgah di tanah nusantara seperti di kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah di tanah Filipina. Dan di tanah Jawa Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi , maka baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini puak kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong). Dan kemudian berpindah-rendah ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak. wohaaa, jadi ahli sejarawan pulak aku sekejap untuk bangsaku...=)

Nak belajar tak bahasa kedayan??? Meh aku ajar beberapa perkataan...

  • kadiaku : saya,aku
  • kadika'ou: engkau
  • biskita : anda
  • bisdurang: mereka
  • paradian : saudara-mara
  • nada : tiada
  • inda : tidak
  • auwoo : ya
  • indung : ibubapa
  • bedudun : berziarah, bekunjung
  • buyuk : tipu, kelentong
  • palui : bodoh
hoho...lebih kurang macam nie lah bahasa kedayan....ini pun aku amik dari pak wiki juga, tapi setelah ditapis dah diselidik baru aku letak lah...tgk betul ker tak...aku tak de lah pandai sangat tapi tak de lah tak pandai...boleh lah juga bertutuan...tau tak bertutuan tu ape??? lebih kurang bercakap atau bertutur...hoho. Wah aku rasa dah agak banyak info aku cerita nie...pada mereka yang sudi membaca sehingga ke titik nokhtah yang terakhir, tq so much. Akhir kalam, ini lah bangsaku, hidup KEDAYAN...cewah.


Tadinya aku nak cari gambar yang ada kaitan dengan kedayan, sekali aku terjumpa banner rumah terbuka pak cik aku pulak...hoho. Masa nie lah komuniti kedayan berkumpul dan bersama-sama meraikan hari raya...semua paradian pun amai yang datang...mariah hantap...hoho. oklah, tadi dah buat penutup nie sembang lagi...semoga terhibur dengan entry ku...sematkan kedayan dalam hatimu...=)


Wednesday, September 22, 2010

Walaa...




At last...dapat gak kitaorang satu family amik gambar...masa nie amik gambar kat rumah terbuka pak cik aku pada raya ke 3. Sangat suka gambar ini....

Monday, September 20, 2010

Pesanan Buat Suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Oleh : Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

sumber: dari seorang hamba Allah kat dalam fb...thankz =)


Tuesday, September 14, 2010

Raya Kelima

Sedar tak sedar, hari nie dah masuk raya kelima kan??Maka sudah lima hari jugalah kita telah meninggalkan bulan Ramadhan....Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan kewajipanku sebagai umat Islam untuk berpuasa. hurmm, actually tak de apa pun yang hendak diceritakan, simple jer raya aku seperti tahun-tahun lepas kecuali semasa beraya di kampung orang...meriah beraya di kampung orang berbanding di kampung sendiri...nothing special. Hari nie pun dah masuk raya kelima...lepak umah jer tengok cerita-cerita raya...layannn ye lah...hoho, apa-apa pun, slamat hari raya yer kepada semua umat Islam...

Monday, September 6, 2010

AkU yAnG bErNaMa InSaN


wohaaa...ayu ya gambar aku...hoho...cop2, perasan pulak minah nan sorang nie. Adapun gambar ini aku ambil lepas aku balik kenduri...hoho. So, officially, ini lah gambar terbru aku yang agak-agak suam kuku terbarunya...wakakakaka. Tiada niat untuk menunjuk hanya sekadar ingin berkongsi perkembangan rupa parasku yang sudah meningkat kematangannya, huhuu, apakah maksudnya itu...maybe aku nak kate dah leh nikah dah kot, tergamak gak ye keluar ayat sebegitu dari otak ku yang nan cerdik ini...ermmm sapa calonnye yer??? maybe "AWAK" kot...hoho...just Kidding...

30 hari mencari cinta


Apa kisahnya yer di sebalik tajuk post aku kali ini??? muhoho.. Ada cerita CINTA ker ???

"Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku,
Mungkin akan ada cerita cinta..."

Berjayakah aku mencari CINTA dalam masa 30 hari??? =)






Thursday, September 2, 2010

Edisi 2010



hohoho...akhirnya, terciptalah kad rayaku edisi 2010 semalam. Tapi hari nie baru aku berkesempatan upload dalam blogku ini...semalam, selepas siap design aku upload kat FB dan mf2u nak bagi kat kawan...memandangkan era kita nie era teknologi digital, adalah lebih mudahkan bagi kad raya kat kawan-kawan, jimat masa dan kos lagi, cumanya kena perah otak sikit nak design. Apa-apa pun, kad nie pulak khas untuk rakan-rakan blog aku...selamat hari raya semua....