Wednesday, February 22, 2012

22/02/2012

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberikan aku kehidupan untuk meraikan ulang tahun kelahiran ku yang ke 26. Ya, tahun nie aku sudah berumur 26 tahun. Baru sahaja hari itu aku rasa aku menyambut hari kelahiran ku yang ke 20 tapi sedar tidak sedar masa berlalu agak pantas dan 6 tahun telah berlalu.

Dalam mengharungi 6 tahun ini, pelbagai perkara dan pengalaman yang telah aku lalui. Adat kehidupan, adakalanya kita dapat pengalaman yang manis dan adakalanya pahit tapi alhamdulillah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak perkara manis yang sentiasa buat aku tersenyum sendiri. Mungkin ini disebabkan kehadiran dia dalam hidup aku. TQ syg atas kasih mu, aku mampu berdiri dari kedukaan lepas dan TQ mewarnai kehidupan kita yang hampir mencecah 2 tahun ini. Walau banyak dugaan yang menimpa, tapi alhamdulillah, jodoh kita masih kuat dan telah menapak selangkah ke alam baru.

Tahun ini sunggup bermakna dan mendebarkan kerana terlalu banyak perkara manis dan bakal berlaku. Mudah-mudahan, kebahagiaan ini sentiasa milik aku. Yeah, berbicara balik pasal ulang tahun ku, apa yang aku harapkan ialah, semua perkara-perkara yang bakal berlaku akan berjalan seperti yang dirancangkan dan lancar, aku juga berharap aku sentiasa sihat, dan lapang rezeki. Dan akhirnya sentiasa bahagia di samping dia yang tersayang. Family ku pulak, aku sayang kamu semua, sebab tanpa kamu, aku tidak akan jadi dengan apa yang aku ada pada masa ini. Apa-apa pun, ntah kenapa aku rasa lain sangat merasai ulang tahun ku pada tahun ini...ini sebab aku terlalu bahagia dan gembira. TQ Allah atas kebahagian yang tidak ternilai. Mungkin ini hikmahnya...Alhamdulillah~



No comments:

Post a Comment