Thursday, February 23, 2012

23/02/2012 (Part Two)

Part two

Ini lah mangsa lady white, teruknye.



kos pembaikan RM1K...fuuhhhhh,melayang~

What to do, tak do rezeki den bulan nie. So, lepas nie konfirm super duper punya careful lah. Doakan aku jadi pemandu yang berhemah dan berhati2.

-Amin-

:)




Wednesday, February 22, 2012

22/02/2012

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberikan aku kehidupan untuk meraikan ulang tahun kelahiran ku yang ke 26. Ya, tahun nie aku sudah berumur 26 tahun. Baru sahaja hari itu aku rasa aku menyambut hari kelahiran ku yang ke 20 tapi sedar tidak sedar masa berlalu agak pantas dan 6 tahun telah berlalu.

Dalam mengharungi 6 tahun ini, pelbagai perkara dan pengalaman yang telah aku lalui. Adat kehidupan, adakalanya kita dapat pengalaman yang manis dan adakalanya pahit tapi alhamdulillah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak perkara manis yang sentiasa buat aku tersenyum sendiri. Mungkin ini disebabkan kehadiran dia dalam hidup aku. TQ syg atas kasih mu, aku mampu berdiri dari kedukaan lepas dan TQ mewarnai kehidupan kita yang hampir mencecah 2 tahun ini. Walau banyak dugaan yang menimpa, tapi alhamdulillah, jodoh kita masih kuat dan telah menapak selangkah ke alam baru.

Tahun ini sunggup bermakna dan mendebarkan kerana terlalu banyak perkara manis dan bakal berlaku. Mudah-mudahan, kebahagiaan ini sentiasa milik aku. Yeah, berbicara balik pasal ulang tahun ku, apa yang aku harapkan ialah, semua perkara-perkara yang bakal berlaku akan berjalan seperti yang dirancangkan dan lancar, aku juga berharap aku sentiasa sihat, dan lapang rezeki. Dan akhirnya sentiasa bahagia di samping dia yang tersayang. Family ku pulak, aku sayang kamu semua, sebab tanpa kamu, aku tidak akan jadi dengan apa yang aku ada pada masa ini. Apa-apa pun, ntah kenapa aku rasa lain sangat merasai ulang tahun ku pada tahun ini...ini sebab aku terlalu bahagia dan gembira. TQ Allah atas kebahagian yang tidak ternilai. Mungkin ini hikmahnya...Alhamdulillah~



Monday, February 20, 2012

Coretan 2012

Assalammualaikum,

huh, bila aku hitung dan aku belek tarikh nie, baru aku perasan yang sudah lama aku tidak menulis di sini. Sudah terlalu lama aku menyepikan diri dari mengupdate hal2 yang terkini...maybe disebabkan tanggungjawab baru yang terpaksa aku galas....menjadikan aku terlepas zaman2 aktif berbicara di blog...apakah, skema bangat seh!!!!...

Sudah 1 bulan 20 hari kita masuk ke tahun baru, dan untuk pertama kalinya dalam tahun nie baru aku berkesempatan berceloteh kembali, membebel semula di sini...:)

Sebenarnya ada banyak perkara yang bakal berlaku dan telah pun berlaku pada tahun 2012 ini tapi semuanya belum aku muatkan di dalamnya....erghh dan sekali lagi aku rasa geram kenapa aku tiada masa lagi update blog nie seperti dulu.

Semenjak aku dilantik jadi guru data pada bulan JUN 2011, aku mula masuk ke alam kerja yang baru dengan tugas dan tanggungjawab yang bukan sahaja waktu di sekolah aku sebagai guru tetapi juga aku juga merangkap sebagai kerani sekolah. Semua hal yang berkaitan dengan data aku yang pegang dan walaupun bila didengar tugasan aku tu mcm agak besar2 lagaknya tapi berbaloi lah dengan bebanannya pulak. Ada masa bila sampai due date untuk aku hadiri mesyuarat, waktu itu lah yang aku rasa agak tekanan sikit.

Aik, pesal lah aku membebel yang bukan2 nie....banyak lagi actually benda yang aku nak bebel tapi tak pe lah...step2 by step. Aduhai lah, pembuka celoteh pun dah merunggut, tak baik betul. Nanti ai update lagi yang hot2 perkara2 yang telah terlepas...mengujakan.

See you then...