Sunday, August 29, 2010

Kenanganku...



Wohaa...entry kali nie aku nak cerita pasal sebuah buku yang menyimpan kenangan aku semenjak aku di sekolah rendah lagi...tidak disengajakan, ketika aku sedang menyelongkar laci aku, aku terjumpa buku nan satu ini. Buku ini sebenarnya tiada apa-apa pun tapi yang istimewanya kerana ramai kawan-kawanku penah mencoret kata-kata pada buku ini...dari kawan-kawanku sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah...bila aku baca semula coretan yang tertulis pada buku ini, terimbau seketika kenangan yang penah aku lalui sewaktu zaman persekolahan dulu...pahit manis semua melucukan untuk diingat semula...apa-apa pun, hidup ini indah dengan adanya kawan walaupun ada ketika mereka menyakitkan kita tapi tidak juga kurangnya memberikan kegembiraan kepada kita...terima kasih kepada mereka yang penah hadir dalam hidup aku dan masih sentiasa berada di sampingku...



PS-Actually nak tunjuk gambar buku tu sahaja tapi aku saja letak bear kat sebelah sebagai hiasan sebab terasa kosong gambar aku nak letak nie...=p


Thursday, August 26, 2010

Muhasabah Cinta




Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Wohaaa

Sedar tak sedar, dah 16 hari kita berpuasa ya...sepatutnya, di radio kita boleh dengar berkumandangnya lagu raya tapi aku baru dengar sebuah lagu....hoho. Alahailah, sudah beberapa hari juga aku telah meninggalkan blogku ini, kesian kat bucuk aku nan satu nie...hoho. So, what the story mory for today?? the story is perut aku sedang bernyanyi lagu keroncong...hoho, apakah tanda itu...wa tarak tau lah...jam di laptopku menunjukkan pukul 2.51 petang, ada bebebrapa jam lagi lah nak berbuka puasa bagi kawasan aku ini...tak sabar nak mengisi perut aku yang sedang rancak buat konsert nie...=p. Oh ya, aku nie sedang ligat berfikir nak buat biskut raya apa ya...hoh, my mum said, "ayang pandaikah buat biskut raya nie?"...dalam hati aku menjawab, see the leg lah mami...hohoho, cewah. My mum request suruh aku buat tart nenas...nyum...nyum...my feberet..tak kan satu biskut jer kot, apa lagi ya...any suggestion??? just drop ur comment k, mana lah tau bleh membantu aku yang sedang benggong nie...niway, selamat berpuasa dan selamat beramal...peace2 kacang peas...

Friday, August 13, 2010

Fuhh...

Baru siap buat puding caramel sekali lagi atas permintaan dadi ku...baru jer semalam ct kate, umi minta buat puding caramel tu...hoho, sekalian lah kami kene buat hari ini...yuhuu ct, dah berasap ker dapur ko buat puding tu...aku dah siap dah, tinggal nak masuk peti sejuk lagi...mmm, nyum nyum nyum...=p. Barang siapa yang belum mencuba...jom mencuba di bulan Ramadhan ini, sangat sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa...wah promote pula...anyway, selamat mencuba ya~

Ketika ini...

Di kala sekalian makhluk Allah sedang melabuhkan diri beristirehat...aku masih lagi menghadap laptop aku ini...baru selesai update blog aku ini dan tukar apa yang perlu...sekalian mencoret blog ini...jam di laptopku telah menunjukkan 1.26 pg...ada beberapa perkara aku perlu selesaikan dahulu sebelum aku merehatkan diriku...dan bangkit untuk bersahur...ok lah, apa-apa pun, selamat menunaikan ibadah puasa dan bersahur ya...selamat malam~

Wednesday, August 11, 2010

Kelebihan Seorang Wanita

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 o...rang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Ramadhan



salam semua,

"apabila pengumuman pengistiharaan disampaikan tepat jam 8.30 malam tadi, maka, rasminya penduduk MALAYSIA akan mula berpuasa pada esok hari iaitu pada 11 Ogos 2010 bersamaan dengan hari Rabu. Maka dengan itu, saya ingin menyusun sepuluh jari terlebih dahulu memohon maaf sekiranya ada menyakitkan hati atau terkasar bahasa kepada sesiapa sahaja sama ada secara sengaja atau tidak. Semoga bulan Ramadhan yang mulia ini, diharapkan kita dapat mendekatkan lagi diri kita dengan yang Maha Berkuasa...amin".

wasalam...=)