Sunday, April 26, 2009
aku kembali...
Monday, April 20, 2009
Orang yang mencintai kamu
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,
‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya! ]
*kebanyakkan perkara di atas aku lakukan utk yang tersayang tapi dia tidak mengerti...mmg ada perkara yang aku buat die rasa sengal tapi aku tetap sabar walaupun die marah...aku harap dia tau betapa aku syg dia sgt...aku berharap suatu hari kami akan bersama2 smpi akhir hayat aku....AMIN
15 rahsia wanita....
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,
lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum
anda menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak
menerima pujian.
7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan
senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak
berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.
*ada beberapa yang diperkatakan di atas ada pada diri aku...mayb juga pada semua wanita, rahsia-rahsia ini saja aku post sebab aku nak lelaki2 yang masuk baca blog aku, tau rahsia wanita...so pasni tak de lah nak buat2 salah faham atau buat2 tak faham perasaan perempuan..
Sunday, April 19, 2009
Rawan-Azharina
Lirik Lagu Rawan - Azharina
Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu
Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu
Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untukku
Impian ku
Antara kereta idamanku;

Swift

Myvi
*ini paling cikai ler...hehehe
aku suke yang simple2 jer, aku tak nak yang bertingkat2 susah kang parents aku nak turun naik tangga, n tak nak ada budak2 yang jatuh dr tangga pula, so aku senang kalau aku ada umah yang tak yah ada tangga, biarlah umah aku tu selebar alam, leh buat banyak2 bilik, tapi kat mana aku nak cr tanah...tanah bukan murah skunk....huhuhu. kalau dapat umah mcm kat bawah nie pun ok gak, simple n lawa jer...

ntah lah, aku harap sgt dapat miliki semua nie...moga2 rezeki aku dimurahkan oleh Allah....
AMIN
Dan Sebenarnya
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
dowh...
Thursday, April 16, 2009
8 Mengapa
2. Mengapa masih tertanya-tanya jika dilubuk hati anda rasakan yang dia ingin putus? Di saat hati anda berdetik, naluri anda bergelumang dengan seribu kerisauan….itu tandanya, saat perpisahan sudah hampir tiba.
3. Mengapa kata pemutus begitu penting untuk anda? Bukankah jika dia tak cakap ke or dia cakap, anda tetap dikecewakan! Atau anda fikir dengan cara dia cakap anda boleh tenang? Cakap putus atau tak cakap…sama saja, anda tetap akan bersedih! Kalau cakap lagi sedih. Lagi huru-hara. Lagi sakit hati…
4. Mengapa masih menanti? Anda tahu dia takkan kahwin dengan anda. Anda tahu dia takkan cintakan anda seperti orang lain bercinta. Anda tahu dia takkan berubah…lebih baik anda cari saja kekasih lain yang lebih menghormati anda. Yang tidak membuang masa anda! Yang mahu kahwin dengan anda hari ini!…lagi tunggu, lagilah bertambah umur, kita bukan semakin cantik/hensem… Bukakan peluang kepada mereka yang inginkan anda, bukakan hati anda kepada any new possibilities!
5. Mengapa masih tak mahu faham-faham? Jika dia kata dia tidak layak untuk anda, dia rasa anda berdua tidak sesuai, maknanya dia nak putus tapi dia tak mahu kecilkan hati anda… Ada juga yang kata anda lebih baik bersama orang lain, ada juga yang ingin meminta maaf tiba-tiba. Ada juga yang datang kembali dalam hidup anda, untuk berbuat baik dan menjadi kawan….kerana takut anda bomohkan dia ke, buat apa-apa kat dia. Yang anda pula ingat dia nak balik kat anda…i seh man.
6. Mengapa anda masih lagi tidak mahu percaya yang dia sudah tidak berminat dengan anda? dan anda masih terus menunggu jawapan darinya? Sedangkan dia sudah pun miliki hidup baru dengan kekasih yang baru. Sedangkan anda masih kesunyian, keseorangan…tanpa seorang pun yang mencintai anda…jangan biarkan diri anda diperlakukan begitu. Sebaik-baiknya anda hormati dan hargai diri anda dengan mencuba berbagai-bagai cara untuk membahagiakan diri anda.
7. Mengapa masih ingin tahu kemana dia menghilang? Lelaki ataupun wanita sama saja…apabila dia sudah miliki yang lain, cintanya pada yang lain, hatinya ditempat lain, dia akan mulai menjauhi anda, mulai menghilangkan diri…tak perlu nak rasa pelik, itu biasa lah bila orang dah tak nak.
8. Mengapa masih tidak puas-puas lagi hati anda? Cukuplah tu…jangan mempersoalkan lagi tindakan pasangan anda. TERLALU SUSAH untuk seseorang menyatakan yang dia ingin berpisah. Tidak ramai yang berani berhadapan. Lantas, mereka membuat keputusan dengan berdiam diri, menghilangkan diri, tidak tunjuk sayang, berkasar, tunjuk benci, guna perkataan kesat, dan berbagai-bagai cara lagi…yang sebenarnya dia sudah temui cinta yang lain dan apa yang sebenar-benarnya dia nak cakap, “IT’S OVER!”
*dipetik drpd brother luv..
Wednesday, April 15, 2009
Renungkan...
di luar negeri, kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah ia meminta
kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru
agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang
boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu
mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa
menjawab pertanyaan- pertanyaan
saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan
Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh
kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi
pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa
anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu
adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada
saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak
mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!Itulah jawaban pertanyaan
pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat. Apakah tadi malam anda
bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan
dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir. Terbuat dari apa tangan yang
saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari
api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan
untuk syaitan.
*Dipetik dar blog putera miedi
-aku tertarik dengan kisah ini...ia membuatkan aku berfikir sejenak....renung2kanlah dan selamat beramal...