Wednesday, August 11, 2010

Kelebihan Seorang Wanita

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 o...rang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Ramadhan



salam semua,

"apabila pengumuman pengistiharaan disampaikan tepat jam 8.30 malam tadi, maka, rasminya penduduk MALAYSIA akan mula berpuasa pada esok hari iaitu pada 11 Ogos 2010 bersamaan dengan hari Rabu. Maka dengan itu, saya ingin menyusun sepuluh jari terlebih dahulu memohon maaf sekiranya ada menyakitkan hati atau terkasar bahasa kepada sesiapa sahaja sama ada secara sengaja atau tidak. Semoga bulan Ramadhan yang mulia ini, diharapkan kita dapat mendekatkan lagi diri kita dengan yang Maha Berkuasa...amin".

wasalam...=)


Friday, July 30, 2010

Caramel Puding




wohaaa....at last, terhasil juga puding nie setelah beberapa hari tertangguh...=). Ini merupakan my first try buat puding nie...Alhamdulillah...jadi juga lah yer kalau dilihat dari gambar...rase pun leh tahan juga...my mom asyik kate sedap jer...than my dad kate, haaa, selalu-selalu lah buat...=)...dalam hati ade taman...hoho. Nak resepi die tak...ok, sekalian lah saya bagi resepi puding nie ok. check this out:


Bahan-Bahan:

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan untuk sos:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.
Cara penyediaan:
Sos (Caramel):
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.

Penyediaan puding:

Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan air.Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.
...Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.

pssstt...nak tau tak satu rahsia...first try nie, saya lupe nak letak esen vanilla....hoho. Tapi still ok, esen tu nak kurangkan rase telur tu jer...tapi so far still sedap...=)

slamat mencuba~

Friday, July 23, 2010

Pada Mu Ku Bersujud




Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

[*]
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

[**]
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

[***]
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Back to [*][**][***]

Back to [**][***]

Thursday, July 22, 2010

cerita sebuah hati...

Penah tak tgk cerite PS I love U...ntah utk keberapa kali aku tgk cerita ini....dan nukilan blog ini, aku tergerak utk hasilkan selepas selesai tgk cerita tersebut...

HATI???

hati??? hati??? hati??? tiada siapa boleh duga apa yang ada kat hati kita dan tiada siapa tahu apa yang kita rasa melainkan KAMU alaminya sendiri...dan aku rasa tiada siapa mahu ada cerita sedih di dalam setiap lembaran hidupnya sehingga menyiksa hati kita....

hati gembira??? ya semua jelas terpancar di wajah kita...kita ketawa...kita riang...mungkin ada cerita indah dalam hati kita....mungkin juga detik permulaan hidup yang indah atau kejayaan yang baru bermula....

hati keliru??? bila keliru....kita akan mula berfikir dan mencari jawapan terhadap persoalan keliru kita dalam pelbagai cara...salah satunya memohon jawapan pada yang Maha Berkuasa...

hati kecewa & hati menanggis??? mungkin ramai yang sudah merasakan, adakalanya ia jelas terpancar diwajah kita....tapi adakalanya kita cuba memakai topeng yang bukan menunjukkan rasa hati kita...menutup segala rasa kecewa, sedih, marah, benci...ya...sangat perit...perit....sehingga hati kita dapat rasa tubuh kita sedang sakit, menggigil menghadapi saat perit..

orang asyik mengatakan tanpa dia or dia kita boleh hidup...yes, of course....percaya ker pada orang yang kata...no man no cry, no woman no cry....percaya??? tepuk dada tanya hati...tapi jangan kuat sangat tepuk tu...hati sakit nnt...

SO,what we are suppose to do??? ermmm...

menahan???berpura-pura??apa seharusnya aku buat??MEMBENCI??? only you have the answers...

DIA TETAP PERGI.....hakikat yang perlu hati kena terima....

PS-"I hate U".



Saturday, July 17, 2010

Saturday, June 5, 2010

Jom~

Sedang mencari kerja or mayb nak cari side income, ape kate awk tgk link nie...if BERMINAT, just register seperti yang ada dalam page ini...MUDAH sahaja....

http://incomemasyuk2010.webs.com/

ps: modal kecik jer pun....insya Allah if kite berusaha lebih, tak mustahil modal yang kecil ini bleh menyenangkan kita nnt...just try, tak pakse cume memberi PELUANG kepada anda untuk mencuba...