Friday, July 30, 2010

Caramel Puding




wohaaa....at last, terhasil juga puding nie setelah beberapa hari tertangguh...=). Ini merupakan my first try buat puding nie...Alhamdulillah...jadi juga lah yer kalau dilihat dari gambar...rase pun leh tahan juga...my mom asyik kate sedap jer...than my dad kate, haaa, selalu-selalu lah buat...=)...dalam hati ade taman...hoho. Nak resepi die tak...ok, sekalian lah saya bagi resepi puding nie ok. check this out:


Bahan-Bahan:

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan untuk sos:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.
Cara penyediaan:
Sos (Caramel):
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.

Penyediaan puding:

Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan air.Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.
...Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.

pssstt...nak tau tak satu rahsia...first try nie, saya lupe nak letak esen vanilla....hoho. Tapi still ok, esen tu nak kurangkan rase telur tu jer...tapi so far still sedap...=)

slamat mencuba~

No comments:

Post a Comment