Thursday, April 29, 2010

Tinggal Kenangan

Memori Berkasih



Telah kucuba memintal kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta

Bermusim kita bersama
Menyemai ikatan cinta
Tak mungkin kasihku hilang
Kukunci hati untukmu

Kumpul kan kenangan indah
Simpanlah senda gurauan
Andainya kau kerinduan
Itulah jadi penanwar

Sungguh ku terharu dan pilu
Kasih kusemai kau abaikan

Putusnya ikatan cinta
Mungkin tiada jodoh kita

Menangis hati ini
Ku juga bersimpati
Hancurnya harapanku
Maafkan sayang

Kasihmu yang berubah
Aku pun tak menyangka
Itulah alasanmu, pergilah sayang

Biar rindu di kejauhan
Menemani hati yang gelisah
Semoga bertemu jua kebahagiaan

Telah kucuba memintal kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta

Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta

Monday, April 19, 2010

.....

Cuba Untuk Mengerti

Oh…oh…oh..
Bukankah Semestinya
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta…

Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta…

(Chorus)
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku

Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati

Oh…oh…oh…

Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku…


Saturday, April 17, 2010

Jalan-jalan

Hari nie jalan2 g pc fair, pergh sesak babe...but meriah. Aku ada lah gak beli sumthing from there, erm usb hub ngan cooler pad, beli tu jer lah...tgh sengkek, kang lebih2, jawabnye gigit jari je lah, so i have to berjimat cermat.

Planning nak g pc fair nie semua adalah disebabkan ajakan students2 ku (tapi yang pi tak de lah ramai sgt pun)...hoho, tapi best juga lah, kirenye saje je lah jalan2 ngan diorang b4 gue nie habis praktikel kat sekolah diorang. Erm tak lama lagi tu...aku habis 14 Mei 2010, ape2 pun, aku doa diorang akan cemerlang dalam pelajaran mereka n jadi orang yg berguna di sisi keluarga, masyarakat, negara dan agama...amin.

K lah, chow dl...ape2, aku roger2 lagi....

Menyentuh jiwaku lagu ini

Lagu nie bukanlah ditujukan padaku tapi jalan citer lagu ini adalah kisahku...=(




Tak Bisa Memilihmu

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)


*kenape bila tak bisa memilih, tak berterus terang, tapi tinggalkan orang terkontang kanting mcm tu jer.....kecewa giler...moga hati ini sentiasa diberikan cahaya kesabaran menerima apa yang awak buat kat saya...just go n don't come back...kita tak mungkin lagi bersama....

welcome to new life

salam semua, wah lama gile tak update blog, so ape cer pasal aku pun dah lost...hoho.
Nothing special but only yang sedih2 aje citernye...=(
Tapi harap ape yang berlaku menguatkan hati ini menghadapi ujian dari Nya....amin

Sunday, March 7, 2010

Solat Istikharah

Cara Menunaikan solat istikharah menurut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin. Secara ringkasnya, cara melakukan solat istikharah adalah seperti berikut:

1. Pertama, waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.

2. Niatnya 'Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala.'

3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).


Doa selepas solat

'Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"

Wednesday, January 6, 2010

Doa Menghilangkan Rasa Marah


Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”


Mudah-mudahan kita tidak menjadi orang yang pemarah~